Friday, July 10, 2009

SUTERA BAYU DI SANA SINI..

Sutera Bayu di sana sini.Jom kita saksikan gelagat dan aksi Kumpulan Sutera Bayu ketika mengadakan persembahan.Diperkenalkan ahli-ahli Sutera Bayu:

1.Nazrin@ Diddy-Berusia 18 Tahun.Kini melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi Labuan .Berkemampuan mendendangkan pelbagai genre lagu.Lagu yang paling digemari KETULUSAN HATI nyanyian Annuar Zain.

2.Erna Fazira-Bakal menduduki P.M.R tahun 2009.Mendapat galakan daripada ibubapa dan keluarga untuk menyertai bidang nyanyian.Berkemampuan membawa pelbagai genre lagu.Meminati lagu Erti Hidup nyanyian Dayang Nurfaizah.

3.Ruzaini Roslan-Berbadan kecil tapi berbakat besar.Berkemampuan membawa lagu bernada tinggi.Lagu Kian yang didendangkannya cukup menyentuh hati.

SUTERA BAYU kini Melangkah Pasti

INTERVIEW WITH UTUSAN SARAWAK BY YANTI SHAM

POSE ISTIMEWA SUTERA BAYU SEMASA SESI TEMURAMAH BERSAMA YANTI SHAM(UTUSAN SARAWAK)

BERSAMA YANTI SHAM(UTUSAN SARAWAK)



POSE ISTIMEWA UNTUK UTUSAN SARAWAK
BERSAMA PENGURUS SUTERA BAYU,ENCIK MOHD ZAMRI


MELAYAN PERTANYAAN DEMI PERTANYAAN



SUDAH BERSEDIA KENA GOSSIP KER???


(PETIKAN STAIL HIBURAN,UTUSAN SARAWAK)

KEMUNCULAN empat bakat muda, Rozaini, , Erna Fazira, dan Nazrin masih mencari peluang untuk melebarkan lagi bakat dalam bidang seni suara. Meskipun masih setahun jagung, namun bakat yang dimiliki tidak disia-sia begitu sahaja. Mereka ialah Sutera Bayu.Kemantapan vokal persembahan mengatasi segala-galanya untuk menggapai impain bergelar penyanyi. Keempat-empat mereka mengakui bahawa bukan mudah untuk mengejar nama dalam bidang seni, semuanya bergantung pada usaha.Bagi mereka, usia 18 tahun tidak menghalang mereka untuk meneruskan minat dalam bidang nyanyian. Biar bertatih dahulu dalam bidang ini asalkan di kemudian hari mereka tahu hala tuju masing-masing.Nasib keempat-empat anak muda ini memang baik kerana bakat mereka diperkenalkan oleh pengurus mereka yang tidak jemu mencari undangan persembahan, iaitu Encik Zam. Mereka adalah bekas ahli Tunas Budaya SK Samariang dan mereka berkumpul berdasarkan bakat.Setiap orang daripada mereka mempunyai pengalaman dan cerita tersendiri dalam bidang seni. Mereka didedahkan dengan duania seni sejak sekolah rendah. Setiap mereka ada konsep sendiri.Erna lebih meminati balada, Nazrin dan Rozaini lebih kepada konsep versetail.Selain menyanyi, mereka turut menyertai kumpulan tarian yang dinamakan Sutera Bayu Dancer yang dianggotai 12 orang ahli. Persembahan pertama mereka ialah di Kembara Merdeka di Simunjan. Kemudian diikuti persembahan di Bintulu, Sibu, Miri, Serian dan bau. Selalunya mereka diundang untuk majlis makan malam, perpisahan, terbuka dan hari keluarga.Erna pernah meraih tempat ketiga dalam pertandingan Bintang Kecil 2005 peringkat negeri Sarawak dan tempat keempat dalam pertandingan Karaoke Pesta Satok di Tebingan Kuching. Meskipun tidak meraih tempat utama, namun naluri untuk meneruskan bidang seni suara sentiasa berkobar-kobar di hati Erna.Rozaini pula, pembabitan pertamanya dalam bidang tarian dan pernah mewakili negeri sarawak dalam Festival Kesenian Remaja dan Kanak-Kanak anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA).Nazrin pernah meraih johan Bintang Merdeka anjuran sekolahnya dan sering muncul dalam persembahan dalam dan luar Kuching. Dia juga pernah mewakili Sarawak dalam pertandingan Reformasi Kompang peringkat kebangsaan di Air Keroh, Melaka.Julai pula, pernah mewakili Sarawak dalam pertandingan nasyid dan juga mewakili Tunas Budaya dalam Manifestasi Tunas Budaya peringkat negeri Sarawak. “Tunas Budaya adalah sayu program anjuran KEKKWA untuk mengcungkil bakat dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Ternyata keempat-empat mereka ini adalah bekas ahli Tunas Budaya. Selepas program ini mereka dinasihatkan untuk meneruskan bidang seni.“Usaha saya mengumpul empat anak muda ini untuk dijadikan sebuah kumpulan yang dipanggil nama Sutera Bayu. Ternyata usaha mereka ini mendapat dorongan daripada ibu bapa mereka. Sejak ditubuhkan, mereka banyak mendapat tawaran mengadakan persembahan.“Mereka hanya menyanyi pada hujung minggu dan cuti sekolah sahaja supaya tidak mengganggu pelajaran mereka. Ini kerana kesemua mereka ini masih bersekolah. Sebagai pengurus, saya sekadar mendedahkan kepada mereka cara membuat persembahan dan ingin melihat mereka berjaya dalam kedua-dua bidang iaitu seni dan pelajaran,” jelas Encik Zam kepada Utusan Sarawak.


SUTERA BAYU MUNCUL DI MAJLIS MAKAN MALAM HARI GURU S.K SEMARIANG.


RUZAINI -MAHAKARYA CINTA







Kumpulan Sutera Bayu yang pernah diperkenalkan melalui Utusan Sarawak baru-baru ini telah diberi kesempatan untuk memeriahkan sambutan Hari Guru S.K Semariang.Kumpulan Sutera Bayu yang dianggotai oleh Ruzaini,Zulaihi dan Erna Fazira telah diundang untuk menjayakan Majlis Makan Malam bersempena Hari Guru yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandaraya Kuching.
Kumpulan Sutera Bayu yang hanya memenuhi undangan nyanyian pada hujung minggu dan cuti sekolah saja berkata jemputan tersebut cukup bermakna kerana mereka berpeluang untuk berjumpa kembali dengan para guru yang pernah mendidik mereka serta menghiburkan sekaligus meraikan guru-guru S.K Semariang di hari yang cukup istimewa.
Bagaikan sirih pulang pulang ke gagang,begitulah halnya dengan kumpulan Sutera Bayu yang kembali bertemu dengan guru-guru yang pernah mendidik mereka bertiga di majlis itu.Majlis yang cukup gemilang itu dimulakan oleh Kumpulan Sutera Bayu dengan lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta.Seterusnya Erna tampil dengan lagu Korban Cinta.Seterusnya Erna meneruskan persembahannya dengan lagu Erti Hidup yang dipopularkan oleh Dayang Nurfaizah.Majlis bertambah ceria apabila Zulaihi muncul dan mengusik para hadirin terutamanya guru-guru perempuan sambil menyanyikan lagu Pencinta Wanita.Tepukan gemuruh terus diberikan apabila Zulaihi meneruskan persembahan dengan lagu Jangan Pernah berubah.Kemunculan Ruzaini dengan lagu Gadis Melayu semakin mengamatkan majlis apabila dia mengajak beberapa orang guru untuk menari bersamanya.Ruzaini yang begitu teruja berjumpa dengan guru kesayangannya,Puan Hajjah Sharifah Hajijah dan Puan Rahsibah Ismail sekaligus terus bersemangat untuk meneruskan persembahannya.
Selepas pengumuman Anugerah Guru Harapan,Ruzaini muncul kembali dengan lagu Mahakarya Cinta sebagai penghargaan dan meraikan empat orang guru yang telah mendapat Anugerah Guru Harapan S.K Semariang 2009 iaitu Encik Belly Solhi,Ustaz Aswad,Encik Joehari dan Puan Noraini Mustapfa.
Sesiapa yang ingin menjemput Kumpulan Sutera Bayu untuk membuat persembahan,bolehlah menghubungi Encik Zamri -0128979245/0168749245.

Jumpa Kembali.Jasamu guru tetap dalam ingatan.

Thursday, July 9, 2009

SUTERA BAYU MENYERLAH PASTI


TIGA anak muda yang berbakat dalam bidang nyanyian.Mereka berempat mempunyai bakat dan identiti yang boleh diketengahkan dalam bidang nyanyian.Ruzaini @ Ruzai berusia 14 tahun.Mohd Nazrin Mortadah@ Diddy,Erna Fazira @ Erna

SUTERA BAYU ENTERTAINMENT

SUTERA BAYU ditubuhkan pada 2007.Kumpulan Sutera Bayu merupakan bekas ahli-ahli Kumpulan TUNAS BUDAYA S.K SEMARIANG yang mempunyai pengalaman dalam bidang Tarian,Nyanyian dan Teater.Kumpulan Sutera Bayu dianggotai 10 orang penari dan 3orang penyanyi.Kumpulan Sutera Bayu diuruskan oleh Encik Mohd Zamri bin Juli.Kumpulan Sutera Bayu mempunyai pengalaman untuk membuat persembahan secara terbuka dan majlis makan malam.Tempahan untuk persembahan SUTERA BAYU boleh dilakukan dengan menghubungi En.Mohd Zamri -0105931003