Friday, July 10, 2009

SUTERA BAYU MUNCUL DI MAJLIS MAKAN MALAM HARI GURU S.K SEMARIANG.


RUZAINI -MAHAKARYA CINTA







Kumpulan Sutera Bayu yang pernah diperkenalkan melalui Utusan Sarawak baru-baru ini telah diberi kesempatan untuk memeriahkan sambutan Hari Guru S.K Semariang.Kumpulan Sutera Bayu yang dianggotai oleh Ruzaini,Zulaihi dan Erna Fazira telah diundang untuk menjayakan Majlis Makan Malam bersempena Hari Guru yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di bandaraya Kuching.
Kumpulan Sutera Bayu yang hanya memenuhi undangan nyanyian pada hujung minggu dan cuti sekolah saja berkata jemputan tersebut cukup bermakna kerana mereka berpeluang untuk berjumpa kembali dengan para guru yang pernah mendidik mereka serta menghiburkan sekaligus meraikan guru-guru S.K Semariang di hari yang cukup istimewa.
Bagaikan sirih pulang pulang ke gagang,begitulah halnya dengan kumpulan Sutera Bayu yang kembali bertemu dengan guru-guru yang pernah mendidik mereka bertiga di majlis itu.Majlis yang cukup gemilang itu dimulakan oleh Kumpulan Sutera Bayu dengan lagu Lagu Jiwa Lagu Cinta.Seterusnya Erna tampil dengan lagu Korban Cinta.Seterusnya Erna meneruskan persembahannya dengan lagu Erti Hidup yang dipopularkan oleh Dayang Nurfaizah.Majlis bertambah ceria apabila Zulaihi muncul dan mengusik para hadirin terutamanya guru-guru perempuan sambil menyanyikan lagu Pencinta Wanita.Tepukan gemuruh terus diberikan apabila Zulaihi meneruskan persembahan dengan lagu Jangan Pernah berubah.Kemunculan Ruzaini dengan lagu Gadis Melayu semakin mengamatkan majlis apabila dia mengajak beberapa orang guru untuk menari bersamanya.Ruzaini yang begitu teruja berjumpa dengan guru kesayangannya,Puan Hajjah Sharifah Hajijah dan Puan Rahsibah Ismail sekaligus terus bersemangat untuk meneruskan persembahannya.
Selepas pengumuman Anugerah Guru Harapan,Ruzaini muncul kembali dengan lagu Mahakarya Cinta sebagai penghargaan dan meraikan empat orang guru yang telah mendapat Anugerah Guru Harapan S.K Semariang 2009 iaitu Encik Belly Solhi,Ustaz Aswad,Encik Joehari dan Puan Noraini Mustapfa.
Sesiapa yang ingin menjemput Kumpulan Sutera Bayu untuk membuat persembahan,bolehlah menghubungi Encik Zamri -0128979245/0168749245.

Jumpa Kembali.Jasamu guru tetap dalam ingatan.

1 comment: